QUOTES

Thursday, 13 December 2012

KUANTITATIF VS KUALITATIF



PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF
i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF

Data berbentuk angka yang boleh diukur.
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.



ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.
Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.


iii) Reka bentuk Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi

              
iv) Peserta Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian

v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian

KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

Friday, 12 October 2012

Ex-pos Facto (After the fact)



Ex-pos Facto (After the fact)

Kajian ex-post facto berkaitan dengan kajian tentang kesan dan sebabnya sesuatu yang sudah berlaku. Kelinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai:
 

“Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable”.

Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar.

Halaman link ini menjelaskan lebih terperinci mengenai reka bentuk Ex-pos Facto.

Reka Bentuk Kuasi-Eksperimen (Quasi Experiment)


Reka bentuk Kuasi-Eksperimen (Quasi-experiment)



Dalam kajian berbentuk eksperimental, kebiasaanya kajian yang kita dengar adlah kajian yang dilakukan di makmal. Walau-bagaimanapun, kajian eksperimen dilakukan untuk memanipulasikan  satu atau lebih pemboleh ubah  tak bersandar (Independant Variable -IV) dan melihat kesannya kepada pemboleh ubah bersandar (Dependant Variable - DV).


Kuasi Eksperimen adalah bentuk kajian yang dilakukan secara separa eksperimen yang melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.Untuk memahami reka bentuk kuasi eksperimen, sila baca langkah di bawah:

  1. Terdapat dua kumpulan kajian iaitu; kumpulan kawalan (KK) dan kumpulan rawatan (KR)
  2. Kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pra-eksperimen untuk membuktikan samada kebolehan atau keupayaan kedua kumpulan adalah sama atau berbeza.
  3. Kumpulan kawalan akan melalui proses kajian secara normal, manakala kumpulan rawatan akan melalui kajian bersama dengan pemboleh ubah tak bersandar kajian.
  4. selepas melalui proses kajian, kedua-dua kumpulan akan menjalani ujian pos-eksperimen.
  5. Ujian pos-eksperimen menunjuk perbezaan antara keupayaan atau kebolehan kedua-dua kumpulan
Contoh eksperimen:
Mengkaji keberkesanan gula getah bernikotin untuk mengurangkan pengambilan rokok terhadap perokok.

  1. Perokok dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
  2. KK dan KR menjalani ujian pra-eksperimen untuk meninjau berapakah bilangan rokok yang dihisap oleh perokok dalam masa sehari.
  3. Selepas ujian pra-eksperimen, kedua kumpulan melalui proses kuasi eksperimen dengan KK mengambil gula getah tak bernikotin dan KR mengambil gula getah bernikotin selama sehari
  4. KK dan KR menjalani ujian pos-eksperimen
  5. Menentukan perbezaan kedua-dua kumpulan selepas ujian pos samada pengambilan gula getah bernikotin boleh mengurangkan pengambilan rokok dalam masa sehari atau pengambilan gula getha tidak memberi perbezaan kepada perokok.
Kuasi eksperimen dalam conth diatas dapat di lihat melalui proses dan pemboleh ubahnya. Ekesperimen hanya dijalankan terhadap perokok dan bukan dengan memaksa seseorang untuk merokok sebagai sampel kajian.


Untuk memahamilebih lanjut, sila layari link di bawah:

Semoga input ini membantu anda memahami reka bentuk kuasi-eksperimen dengan labh mudah.