DALAM BLOG INI KAMI AKAN BERKONGSI INFORMASI YANG BERKAITAN DENGAN REKABENTUK PENYELIDIKAN
PENDAHULUAN:
Proses penyelidikan mempunyai 4 aktiviti utama iaitu:
1. Perancangan 2. Rekabentuk 3. Operasi 4. Penyempurnaan.
APA ITU REKABENTUK PENYELIDIKAN ???
teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan.
menyatakan [1]apakah corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan ,[2] apakah jenis maklumat yang perlu dikumpul, [3] dari mana sumber maklumat boleh didapati dan [4] dengan kaedah apa maklumat boleh diperolehi.
REKA BENTUK PENYELIDIKAN EKSPERIMENTAL
Menurut Campbell dan Stanley (1963) rekabentuk eksperimental boleh dibahagikan keapada 3 kategori utama iaitu rekabentuk pra-eksperimental ,rekabentuk eksperimental sebenar dan rekabentuk quasi-eksperimental.
1. Kajian eksperimen merupakan satu rancangan penyelidikan yang dijalankan untuk menentukan kesan sesuatu olahan ke dalam sesuatu fenomena bagi melihat rentetan perubahan yang berlaku ke atas fenomena tersebut.
Contoh : Apakah kesan e-learning ke atas pencapaian pelajar sekolah rendah.
2. Penyelidik dengan sengaja memperkenalkan atau mengenakan pembolehubah atau pembolehubah-pembolehubah yang telah dikenalpasti kepada subjek yang dikaji dan mencerap kesannya ke atas subjek.
3. Kajian ekperimen perlukan 2 jenis pembolehubah iaitu :
pembolehubah bersandar ( dependent variable -DV )
-pembolehubah dimana kesan olahan dicerap.
pembolehubah tidak bersandar (independent variable- IV )
pembolehubah yang dikaji kesannya.Olahan pembolehubah tidak bersandar dikenakan pada pembolehubah bersandar.Dengan kata lain ,kita ingin melihat apakah kesan olahan pembolehubah tidak bersandar pada pembolehubah bersandar.
BAGI KETERANGAN LANJUT ANDA BOLEH 'CLICK' PADA LINK YANG TERSENARAI DI BAWAH INI...!!!
No comments:
Post a Comment