QUOTES

Wednesday 19 December 2012

Experimental Research


To have a clear understanding in writting, below are two (2) link that we attached together for your readings.

http://www.okstate.edu/ag/agedcm4h/academic/aged5980a/5980/newpage2.htm

http://writing.colostate.edu/guides/page.cfm?pageid=1361

REKA BENTUK KAJIAN



Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan dalam membantu penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji, dibawah menunjukkan kaedah-kaedah penyelidikan dalam pendidikan.


KAEDAH-KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

1. Penyelidikan Sejarah - Sesuai digunakan untuk mengkaji peristiwa yang telah berlaku

2. Penyelidikan Deskriptif - Sesuai digunakan untuk mengkaji peristiwa yang sedang berlaku.

3. Penyelidikan Eksperimen dan quasi- eksperimen. -Sesuai digunakan untuk mengkai peristiwa yang dijangka akan berlaku

4. Penyelidikan Penilaian -Sesuai digunakan untuk menilai program dan aktiviti yang telah dijalankan.



KAEDAH DESKRIPTIF

Kajian deskriptif bertujuan untuk mengkaji dan menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Ianya tidak bertujuan untuk menguji hipotesis.



JENIS-JENIS PENYELIDIKAN DESKRIPTIF :

1. Kajian Kes
2. Kajian Tinjauan (survey)
3. Kajian Perkembangan
4. Kajian Susulan
5. Kajian Korelasi
6. Analisis Dokumen
7. Analisis Kecenderungan


LANGKAH-LANGKAH PENYELIDIKAN DESKRIPTIF :
1. Menyatakan masalah dengan tepat dan jelas.
2. Menentukan populasi dan pemboleh ubah yang berkaitan dengan tepat dan jelas.
3. Mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah.
4. Membentuk atau memilih alat bagi mengumpul maklumat.
5. Mereka bentuk kaedah pengumpulan maklumat yang paling berkesan bagi mencapai



OBJEKTIF PENYELIDIKAN:

1. Mengumpul data penyelidikan.
2. Menganalisis data dan maklumat serta membuat pentadbiran atau inferens.
3. Melaporkan dapatan dan hasil kajian.



KAJIAN KES

Kajian intensif terhadap unit kecil sosial.
Mengkaji pelbagai aspek berkaitan sesuatu fenomena secara terperinci.
Tujuan untuk menyelesaikan masalah. Penekanan: pemahaman tentang persoalan mengapa unit sosial berkeadaan seperti sekarang, dan bagaimana perubahan tingkah laku disebabkan oleh pemboleh ubah berkaitan.


KAJIAN TINJAUAN

ž Mengumpul maklumat pemboleh ubah yang dijangka berkait dengan sesuatu peristiwa yang sedang berlaku.
ž Biasanya mengkaji dua aspek kepada sesuatu peristiwa;
¡ Aspek nyata – fizikal, demografik (bilangan…)
¡ Aspek tidak nyata – gagasan (sikap, minat, bakat, kepuasan..)
ž Biasanya dilakukan secara bancian kepada seluruh populasi atau tinjauan sampel.

KAJIAN PERKEMBANGAN

Menjelaskan perkembangan sesuatu unit sosial dalam jangka masa yang panjang.
žMencerap dan mentafsir perkembangan unit sosial.
žThe purpose of developmental research is to assess changes over an extended period of time.


KAJIAN SUSULAN

žMengesan perubahan yang berlaku kepada unit sosial selepas sesuatu olahan (treatment) selepas tempoh tertentu.
¡ Contoh: Selepas program sekolah Bestari dilaksanakan. Bertujuan menentukan keberkesanan sesuatu program pendidikan.
Mirip kajian perkembangan kerana kedua-duanya mengkaji peristiwa yang sedang berlaku dan tempoh masa tertentu.



KAJIAN PERKEMBANGAN VS KAJIAN SUSULAN

žKajian Perkembangan – mengkaji perkembangan sesuatu peristiwa yang sedang berlaku.
žKajian Susulan – mengkaji perkembangan sesuatu peristiwa selepas sesuatu olahan diberi.


ANALISIS DOKUMEN

Matlamat untuk menjelaskan fenomena yang sedang berlaku berasaskan dokumen berkaitan.
žKekuatan kajian: bergantung kepada kebolehan penyelidik memilih dan menganalisis dokumen yang sahih dan sesuai.Mirip penyelidikan sejarah, tetapi mengkaji peristiwa yang sedang berlaku.


ANALISIS KECENDERUNGAN
žBermatlamat untuk mengkaji kadar dan arah aliran perubahan pendidikan bagi menjangka perlakuan akan datang. Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan siri masa, di mana data daripada pelbagai tahun sebelum ini digunakan untuk pelunjuran (forcasting)keperluan masa hadapan.

ž A Needs Assessment is a systematic exploration of the way things are and the way they should be. These "things" are usually associated with organizational and/or individual performance.

Proses mendapatkan data bagi tempoh yang berlainan boleh dilakukan dengan menggunakan analisis siri masa.Semakin banyak data digunakan, semakin sahih analisis yang dilakukan.



KAJIAN KORELASI

Mengkaji kaitan antara pembolehubah bagi menjelaskan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Andaiannya ialah sesuatu peristiwa terjadi kerana kesan rentetan (consequence) kewujudan pembolehubah yang saling berkait. Pekali korelasi (correlation coefficient) digunakan bagi menentukan kewujudan kekuatan hubungan antara pembolehubah. Pekali korelasi hanya memberitahu sama ada sesuatu pembolehubah berkait dengan pembolehubah lain.Tidak membolehkan tafsiran sebab-musabab (causal effect) sesuatu pembolehubah menyebabkan pembolehubah lain dilakukan, kerana hubungan logik antara dua pembolehubah tidak ditentukan terlebih dahulu.

Secara keseluruhannya pemahaman tentang konsep reka bentuk kajian ini boleh dipermudahkan dengan bentuk gambarajah berikut :